Rangka (Isi) Karangan untuk Bahasa Melayu SPM (Tingkatan 4, 5)
Karangan 1
SOALAN : Program realiti yang banyak ke udara di kaca-kaca televisyen sebenarnya banyak mendatangkan keburukan berbanding kebaikan.Huraikan pernyataan ini.
Program Realiti Televisyen
Pengenalan
Program realiti yang banyak di kaca televisyen telah menjadi kegilaan para remaja untuk menyertainya.
- sanggup berbaris dari awal pagi untuk sesi saringan
- mencuba nasib menjadi penyanyi yang terkenal
- Contohnya Akademik Fantasia,One In A Million,Vokal Bukan Sekadar Rupa dan pelbagai lagi.
Idea-idea Utama
Golongan remaja beranggapan cita-cita mereka menjadi penyanyi akan mudah tercapai melalui program ini.
- realitinya ramai yang tidak berjaya
- persaingan untuk menjadi penyanyi semakin tinggi
- sukar untuk bersaing walaupun ada yang pernah menjuarai proram realiti ini
Industri seni negara agak terhad dan masih belum mampu menembusi pasaran luar.
- jualan album tidak sebanyak mana
- konsert pula tidak serancak seperti di negara-negara luar
- masa depan golongan remaja ini sebenarnya tidak menentu
Program realiti yang banyak dipaparkan di kaca televisyen banyak melalaikan para remaja terutama pelajar sekolah.
- menghabiskan banyak masa dengan menonton rancangan ini
- tidak mengulang kaji pelajaran di rumah
- prestasi akademik mulai menurun dan menjejaskan masa depan mereka
Program ini juga banyak menghabiskan wang para remaja.
- terlalu taksub dalam menyokong seseorang pelajar yang diminati
- menghabiskan beratus-ratus ringgit melalui sistem pesanan ringkas
- menjadi boros dan situasi ini pastinya tidak berbaloi
Kebanyakan program realiti ini hanya “ Indah Khabar Daripada Rupa “.
- dijanjikan pelbagai kemudahan dan kejayaan jika menyertainya
- menjadi artis rakaman ,pelakon dan pelbagai lagi
- ramai yang terkandas di tengah jalan dan hidup dalam kemiskinan
Penutup
Program realiti ini sewajarnya dikaji semula dan jangan keterlaluan.
- ada juga yang baik seperti ‘Imam Muda ‘ dan ‘Ustazah pilihan’
- pihak yang menganjurkannya benar-benar bertanggungjawab
- menepati janji mereka kepada para peserta untuk kehidupan yang cemerlang
………………………………………………………………..
Karangan 2
SOALAN : Isu lumba haram yang dikenali sebagai Mat Rempit bukannya isu baharu. Namun begitu situasi Mat Rempit ini semakin berleluasa di negara kita. Bincangkan.
Fenomena Mat Rempit
Pengenalan
Isu lumba haram kini sering diperkata oleh setiap lapisan masyarakat.
- mendatangkan kesan yang negatif kepada golongan remaja
- turut membabitkan para pelajar sekolah
- berkait dengan masalah sosial seperi arak,pergaulan bebas,jenayah dan pelbagai lagi
Idea-idea Utama
Terjebaknya remaja dalam Mat Rempit banyak berkait rapat dengan masalah keluarga.
- ibu bapa tidak mengambil berat terhadap anak-anak
- ghairah dalam mengejar kemewahan harta benda
- anak-anak akhirnya merempit untuk melepaskan tekanan
Terpengaruh dengan hasutan rakan-rakan sebaya.
- bangga jika dapat menganggotai kumpulan haram ini
- berasa dihargai dan dipuja jika handal dalam merempit
- berusaha untuk menjadi jagoan di jalan raya
Golongan ini juga dijanjikan habuan yang lumayan jika memenangi pertaruhan haram.
- wang ringgit dan perempuan yang cantik dijadikan hadiah
- menarik m inat para remaja untuk menyertainya
- banyak berlaku kemalangan dan turut mengorbankan nyawa
Fenomena Mat Rempt ini turut dikaitkan dengan masalah sosial.
- rata-rata Mat Rempit mengambil dadah,ganja,minum arak dan perempuan
- masa depan remaja juga telah rosak
- tidak memiliki jati diri dan akhirnya banyak yang terlibat dalan jenayah
Pihak berkuasa sewajarnya menangani masalah ini dengan bersungguh-sungguh.
- Kementerian Belia dan Sukan wajar mengadakan banyak aktiviti untuk menarik para remaja
- mengisi masa lapang mereka dengan aktiviti yang berfaedah
- menjadi generasi yang cemerlang untuk kesinambungan kemajuan negara.
Penutup
Masa remaja tidak dapat dikembalikan semula.
- dipenuhi dengan menuntut ilmu pengetahuan
- menjawat jawatan yang tinggi pada masa hadapan
- mengeelakkan diri daripada pelbagai gejala sosial seperti Mat Rempit.
…………………………………………………………………..
Karangan 3
SOALAN : Program pertukaran pelajar yang dijalankan oleh negara kita banyak mendatangkan faedah kepada para pelajar. Bincangkan pernyataan ini.
Program Pertukaran Pelajar
Pengenalan
Program pertukaran pelajar bukanlah sesuatu yang baharu.
- telah berjalan sekian lama hasil usaha sama negara-negara terlibat
- melakukan pertukaran pelajar dengan negara Jepun.Korea,Perancis,Itali dan banyak negara yang lain
- program yang amat baik dan wajar diteruskan sampai bila-bila
Idea-idea Utama
Memberikan banyak pengetahuan dan pengalaman kepada para pelajar.
- mengetahui budaya penduduk negara yang dikunjungi
- membandingkan kelebihan dan kekurangan dengan budaya negara sendiri
- berkongsi bersama dengan rakan-rakan yang lain sekembalinya ke negara asal
Para pelajar dapat bertukar-tukar pandangan dan pendapat dengan keluarga angkat.
- mengetahu maklumat sesebuah negara dengan lebih terperinci
- memperoleh pengalaman tinggal sementara dengan keluarga yang memiliki budaya yang berbeza
- menjana pengalaman yang berguna dan amat sukar untuk diperoleh
Merapatkan hubungan negara-negara yang terlibat.
- para pelajar ini berfungsi sebagai duta kecil negara masing-masing
- pelbagai kerjasama yang lain dapat diwujudkan
- perdagangan dua hala dan pelbagai lagi dapat diwujudkan
Menjadi daya penarik pelajar untuk menyambung pelajaran ke negara tersebut.
- didedahkan dengan pelbagai keistimewaan
- tidak ada di negara sendiri seperti kecanggihan prasarana
- contohnya seperti universiti yang terdapat di negara Jepun,Korea Selatan dan Perancis
Membuka minda pelajar agar tidak menjadi seperti katak di bawah tempurung.
- berpeluang ke negara-negara luar dengan ditaja oleh kerajaan
- mempelajari dan mempraktikkan amalan mulia oleh masyarakat di negara tersebut
- dipanjangkan kepada rakan-rakan yang berada di sekolah
Penutup
Program pertukaran pelajar menelurkan banyak manfaat.
- perlu diperluas ke negara-negara yang terdapat di dunia ini
- para pelajar yang miskin mendapat peluang ke negara luar
- perlu diteruskan dan di taja oleh sektor-sektor swasta
…………………………………………………………..
Karangan 4
SOALAN : Peranan ibu bapa dalam menentukan kerjaya anak-anak sebenarnya amat baik. Bincangkan sejauh mana peranan mereka dalam memastikan anak-anak memiliki masa depan yang cemerlang. Bincangkan.
Pengenalan
Dalam era globalisasi ini,saingan dalam menjawat jawatan amat sengit.
- kekurangan jawatan dan lambakan kelulusan oleh generasi muda
- ramai yang menganggur dan ada yang bertahun-tahun
- terpaksa bekerja dalam bidang yang bukan kemahiran yang diambil di universiti
Idea-idea utama
Peranan ibu bapa dalam menentukan hala tuju anak-anak mereka sebenarnya amat baik.
- lebih peka dengan permintaan tenaga kerja pada masa kini
- berpengalaman dalam situasi pekerjaan berbanding anak-anak
- mencadangkan jurusan anak-anak mereka di university
Ibu bapa amat mengetahui kebolehan sebenar anak-anak mereka.
- mengambil jurusan yang betul
- tidak mengambil sesuatu bidang atas desakan rakan-rakan
- gagal untuk memperoleh keputusan yang cemerlang
Kebanyakan jurusan yang diambil biarlah berkait dengan latar belakang keluarga.
- ibu bapa dapat membantu anak-anak semasa pembelajaran
- pengetahuan ibu bapa dapat ditagih dalam menyiapkan sesuatu tugasan
- anak-anak mendapat kelebihan berbanding mengambil jurusan yang tidak sama
Faktor kemampuan keluarga turut diambil kira.
- mengambil jurusan yang mampu ditanggung oleh keluarga
- pembelajaran dapat dijalankan tanpa sebarang masalah
- anak-anak dapat belajar hingga memperolkeh segulung ijazah
Ibu bapa dapat menjelaskan situasi sebenar sesuatu kerjaya.
- cabaran yang terpaksa dihadapi oleh anak-anak
- pekerjaan sebagai seorang doktor,pendidik dan sebagainya
- anak-anak tidak tersilap langkah kerana telah diberikan pendedahan oleh ibu bapa
Penutup
Peranan ibu bapa amat ditagih dalam mentukan kerjaya anak-anak.
- tidak tersilap langkah dan masa depan menjadi suram
- masa yang dihabiskan semasa di universiti menjadi sia-sia
- bimbinglah anak-anak walaupun mereka telah dewasa
………………………………………………………….
Karangan 5
SOALAN : Peranan negara-negara di dunia amat penting dalam mengekalkan keharmonian yang sedia ada.Kupaskan tajuk ini.
Pengenalan
Keharmonian negara kini mulai terancam dengan banyak negara yang terlibat dalam peperangan.
- negara-negara yang berkrisis juga semakin bertambah
- bimbang merebak ke negara-negara yang lain
- penduduk yang menjadi mangsa keegoan para pemimpin negara
- menunjukkan kehebatan mereka dalam bidang ketenteraan
Idea-idea Utama
Pelbagai langkah dapat diambil dalam usaha menjaga keharmonian antara negara di dunia.
- mengadakan hubungan diplomatik
- bertukar-tukar idea dan pendapat
- saling membantu dalam pelbagai perkara
- warga kedua-dua negara tidak menghadapi masalah
Mempertingkat hubungan perniagaan antara negara di dunia ini.
- membuat banyak perdagangan secara dua hala
- masing-masing akan mendapat keuntungan yang tinggi
- wujud persepakatan dan saling membantu
– perniagaan antara negara-negara besar dan kecil tidak terkecuali
Saling menghormati budaya negara – negara lain.
- tidak campur tangan dalam urusan negara tersebut
- pencerobohan Amerika Syarikat ke atas Iran dan Afghanistan
- tidak ditiru oleh kuasa-kuasa besar yang lain
- penting dalam usaha untuk mengelakkan peperangan
Mengadakan persidangan di peringkat antarabangsa.
- mengeluarkan pendapat yang rasional untuk keharmonian negara
- berkenal-kenalan antara pemimpin negara
- tali persahabatan dapat dibina
- saling menghormati kedaulatan negara-negara sahabat
Mengehadkan pengeluaran dan pembinaan senjata.
- membina pembuatan senjata nuklear
- sewajarnya dikawal dan dipantau oleh negara-negara jiran
- dipulaukan jika tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan
- dikenakan sekatan perdagangan jika masih lagi berdegil
Penutup
Keamanan amat penting dan mestilah dikekalkan sampai bila-bila.
- rakyat tidak tersiksa dan hidup dalam pelarian
- kemajuan di sesebuah negara akan berjalan dengan lancar
- alam peperangan bukan lagi pemikiran masyarakat yang maju
- negara-negara di dunia wajar memainkan peranan masing-masing.
………………………………………………………
Karangan 6
SOALAN : Anak-anak yang cergas pasti menjana kejayaan yang cemerlang dalam bidang akademik. Bincangkan peranan ibu bapa dalam memastikan kesihatan anak mereka terjamin.
Peranan Ibu Bapa Dalam Menjamin Kesihatan Anak-anak
Pengenalan
Kesihatan amat penting dalam melayari kehidupan ini.
- perlu dititikberatkan sejak kecil lagi
- aktiviti yang dirancang akan berjalan dengan lancar
- kesihatan yang baik amat penting
Idea-idea Utama
Ibu bapa mestilah mengambil peranan utama dalam memastikan kesihatan anak mereka terjamin.
- menyediakan makanan yang berprotein dan berkhasiat tinggi.
- perlu diberikan terutama sejak di peringkat kanak-kanak
- membesar dengan sempurna tanpa gangguan sebarang penyakit
Menggalakkan anak-anak mereka bersenam pada setiap hari.
- bergiat aktif dalam bidang sukan terutama di sekolah
- membawa anak-anak mereka beriadah pada hujung minggu
- badan mereka berpeluh dan situasi ini baik untuk kesihatan
Menasihati anak-anak mereka agar tidak mengamalkan tabiat yang buruk.
- menghidu gam,menghisap rokok mahupun meminum arak
- merosakkan sistem badan dan mudah diserang pelbagai jenis penyakit
- tidak menjadi ketagih hingga di peringkat dewasa
Memastikan anak-anak mereka melakukan aktiviti yang berfaedah dari aspek kesihatan.
- tidak membuang masa dengan tidur mahupun hanya bermain permainan video
- mudah diserang obesiti tanpa disedari dan akhirnya bersifat malas
- tidak aktif dan sentiasa lembab dalam melakukan sesuatu perkara.
Mengurangkan makan di luar terutama di restoran makanan segera.
- makanan yang dimakan memiliki kandungan kolestrol yang tinggi
- tinggi pasti akan kebersihan makanan tersebut
- diletakkan banyak perasa dalam usaha melazatkan makanan tersebut.
Penutup
Amalan pemakanan yang baik penting dalam kehidupan.
- kesihatan benar-benar terjamin dan sukar dihinggap penyakit
- menanamkan amalan menjaga kesihatan kepada anak-anak
- hidup dengan bahagia dan pastinya apa yang kita impikan akan tercapai.
…………………………………………………………………