Rangka (Isi) Karangan untuk Bahasa Melayu SPM (Tingkatan 4, 5) (2)
Karangan 7
SOALAN : Sikap berhemat dalam apa jua situasi amat digalakkan dalam kehidupan seharian. Jelaskan peranan ibu bapa dalam memupuk amalan berjimat cermat dalam kalangan anak-anak.
Amalan Berjimat – cermat
Pengenalan
Berjimat-cermat adalah amalan yang mulia dan terpuji.
- wajar diterapka kepada anak-anak sejak kecil.
- tidak kekok untuk melaksanakannya sehingga dewasa
- menjurus banyak faedah terutama kepada keluarga,masyarakat dan negara
Idea-idea Utama
Ibu bapa mestilah menggalakkan anak-anak mereka menabung sejak kecil.
- menabung itu amat penting dan wajar dilaksanakan
- menabung secara sedikit demi sedikit pada setiap minggu mahupun bulan
- wang tabungan akhirnya akan bertambah jika amalan ini terus berjalan
Mendidik anak-anak agar tidak boros berbelanja.
- membeli barangan yang penting sahaja
- makan tidak berlebihan terutama sewaktu berada di sekolah
- wang saku dapat dijimatkan dan ditabung di dalam bank
Ibu bapa juga tidak memberikan duit poket secara berlebihan.
- boros berbelanja kerana memiliki wang banyak di tangan
- tidak menghargai betapa susahnya ibu bapa dalam mencari wang
- tidak menghargai penat-lelah ibu bapa mereka dalam menyara keluarga
Menggalakkan anak-anak berdikari dan membuang sikap suka meminta-minta.
- tidak mudah memberikan wang kepada mereka
- mengambil tahu ke arah mana wang tersebut dibelanjakan
- anak-anak akan menghargai setiap wang yang diberikan oleh ibu bapa
Tidak terlalu memanjakan anak-anak.
- menyediakan apa-apa sahaja kemahuan yang dipinta
- fenomena ini akan merosakkan anak-anak tanpa disedari
- menjadi malas dan tidak tahu untuk berjimat-cermat
Penutup
Ibu bapalah yang melentur anak-anak mereka agar menjadi yang terbaik.
- menjadi anak yang berhemat dalam perkara
- wang tabungan juga turut bertambah
- memberi kesenangan kepada keluarga itu sendiri
……………………………………………………………….
Karangan 8
SOALAN : Jasa guru amat besar kepada bangsa dan negara. Sebagai seorang pelajar,bagaimana cara untuk kita menghargai pengorbanan yang telah dicurahkan oleh golongan pendidik ini.
Cara-cara Menghargai Jasa Dan Pengorbanan Guru
Pengenalan
Golongan pendidik amat penting dalam mewujudkan modal insan yang berkualiti.
- mendidik para pelajat tanpa mengenal erti jemu.
- mengajar dengan bersungguh-sungguh tanbpa mengira waktu
- dalam melahirkan pelajar yang cemerlang dalam pelajaran
Idea-idea Utama
Pelbagai cara dapat dilakukan oleh para pelajar dalam mengenang jasa mereka.
- lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan
- meningkatkan imej mereka dan juga sekolah
- pasti berbangga kerana berasa dihargai
Sentiasa menurut nasihat dan pesanan mereka.
- mengamalkan nilai-nilai murni walau di mana kita berada
- tidak menimbulkan sebarang masalah baik di sekolah mahupun di rumah
- berasa gembira kerana mampu mendidik kita dengan sempurna
Bersikap ringan tulang sewaktu bersama-sama guru di sekolah.
- membantu mereka tanpa disuruh dan penuh ikhlas
- menghantar buku-buku kerja di pejabat guru
- bekerjasama dalam projek keceriaan di sekolah
Berhubung dengan mereka walaupun telah tamat alam persekolahan.
- menelefon mereka untuk bertanya khabar
- mengucapkan selamat Hari Guru pada setiap tahun
- hubungan antara para pelajar pasti tidak akan putus
Menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam kehidupan.
- melanjutkan pelajaran hingga Menara Gading
- menjawat jawatan yang tinggi dalam sektor kerajaan dan swasta
- tidak terlibat dalam gejala sosial dan menjadi sampah masyarakat
Penutup
Guru ibarat sebatang lilin yang membakar diri untuk menerangi kehidupan insan lain.
- jasa dan pengorbanan mereka mestilah dikenang sampai bila-bila
- tanpa mereka kita pasti tidak ke mana-mana
- tidak boleh ditukar ganti dengan wang ringgit
…………………………………………………………………
Karangan 9
SOALAN : Tuliskan satu karangan tentang peranan negara-negara di dunia ini dalam memulihara tempat-tempat bersejarah.
Langkah-langkah Memulihara Tempat-tempat Bersejarah
Pengenalan
Tempat bersejarah yang berserakan di dunia ini adalah asset berhargan yang wajar dipertahankan.
- dikekalkan agar tidak hilang ditelan zaman
- tatapan generasi muda akan datang agar mengetahui sejarah yang silam
- negara-negara di dunia ini mestilah memainkan peranan yang saksama
Idea-idea Utama
Menyeragamkan undang-undang dalam melindungi tempat bersejarah ini.
- tidak mudah dirompak oleh golongan yang tertentu
- makam Firaun di negara Mesir telah banyak menjadi mangsa penyangak dari seluruh dunia untuk mendapatkan emas
- kesan daripada undang-undang yang agak longgar dan tidak selari dengan negara di dunia yang lain
Memulihara tempat tersebut daripada sebarang kerosakan.
- negara yang kaya membantu negara yang miskin
- tempat yang bersejarah dapat dikekalkan
- tidak akan lenyap dan menjadi tatapan masyarakat dunia
Mengadakan hubungan diplomatik antara negara yang mempunyai tempat bersejarah.
- mengadakan seminar atau forum tentang tempat-tempat bersejarah
- bertukar-tukar pandangan dan pendapat demi penambahbaikan
- tempat-tempat bersejarah ini dapat dipelbagaikan fungsinya
Memberikan kemudahan ahli sejarah dari negara lain membuat penyelidikan.
- mampu mewujudkan kerjasama yang baik antara negara-negara di dunia
- mengekalkan hubungan yang telah sedia ada
- dapat mengurangkan konflik dan mengelakkan peperangan
Mengiktiraf tempat bersejarah di dunia ini sebagai artifak yang tidak boleh dimusnahkan.
- tidak memusnahkan atas nama pembangunan
- sentiasa dijaga dengan rapi kerana menjaga sensitif negara yang lain
- mampu dikekalkan sampai bila-bila
Penutup
Tempat bersejarah bukan dibina dengan sesuka hati.
- memiliki sejarah yang tersendiri dan mengimbas masa lampau
- Tembok Besar China,Kota A.Farmosa,Piramid dan banyak lagi adalah contoh yang terbaik
- aset berharga dan mampu menarik ramai pelancong ke negara tersebut
…………………………………………………………………
Karangan 10
SOALAN : Mata pelajaran sejarah yang diajar di sekolah mempunyai kepentingan yang tersendiri. Huraikan kepentingan mata pelajaran tersebut kepada generasi muda.
Kepentingan Mata Pelajaran Sejarah.
Pengenalan
Mata pelajaran sejarah adalah antara mata pelajaran yang terdapat dalam peperiksaan.
- dipelajari di peringkat sekolah menengah hingga hari ini
- akan diajar di sekolah rendah pula pada tahun 2014
- menjurus banyak faedah kepada masyarakat khasnya generasi muda
Idea-idea utama
Mengetahui sejarah negara dengan tepat berdasarkan fakta yang dipelajari.
- tidak kabur dalam susur galur sejarah negara
- dapat menjelaskan dengan tepat kepada masyarakat luar
- pengetahuan sejarah sentiasa menebal dalam sanubari generasi muda
Mengekalkan keharmonian dalam kehidupan masyarakat pelbagai kaum.
- menjaga sensitiviti kaum lain yang diperoleh dari sejarah yang tercipta
- tidak mengeluarkan fakta-fakta yang menggugat kestabilan negara
- sejarah tetap sejarah dan tidak ,boleh diubah-ubah
Menerapkan semangat sayang akan negara.
- mempertahankan negara daripada dijajah oleh musuh
- negara pernah dijajah oleh Portugis,Inggeris dan Jepun
- tidak mahu berulang semula oleh generasi muda pada hari ini
Melahirkan lebih ramai ahli sejarah negara.
- sesetengah pelajar pasti meminati mata pelajaran ini
- menulis buku berdasarkan sejarah tanah air
- dijadikan bahan rujukan untuk generasi yang akan datang
Mengelakkan masyarakat yang buta akan sejarah.
- perpecahan antara kaum dapat dielakkan
- golongan buta sejarah sering mengeluarkan fakta tanpa asas yang kukuh
- keharmonian hidup dapat dikekalkan sampai bila-bila
Penutup
Mata pelajaran sejarah mendatangkan banyak manfaat.
- Warga Malaysia sewajarnya tahu akan sejarah negara sendiri
- tidak mudah dieksploitasi oleh sesetengah golongan
- tidak menjual maruah negara demu kepentingan diri
………………………………………………………………
Karangan 11
SOALAN : Jenayah siber kini semakin meningkat di pelbagai negara sama ada di negara maju mahupun di negara yang pesat membangun. Fenomena yang negatif ini wajar ditangan kerana impaknya amat buruk. Kupaskan tajuk ini.
Jenayah Siber
Pengenalan
Jenayah siber kini semakin meningkat.
- mendatangkan kerugian berjuta-juta ringgit
- sistem keselamatan negara semakin terancam
- akibat daripada ledakan teknologi maklumat
Idea-idea Utama
Fenomena ini berlaku atas dasar kemewahan,kepuasan mahupun suka-suka.
- menjadi ketagih apabila berjaya menipu para pengguna
- mendapat kepuasan apabila mampu menggodam sistem pertahanan sesebuah negara
- semakin menular dan yang menjadi mangsa ialah masyarakat dan pengguna
Impaknya amat besar kerana kesannya amat buruk kepada sesebuah negara.
- kerugian berjuta-juta ringgit terpaksa ditanggung
- penipuan dalam alam siber berleluasa
- masyarakat diaibkan,difitnah dan sistem pertahanan terjejas
Peranan pelbagai pihak kini ditagih dalam membanteras senario ini.
- menguatkuasakan undang-undang dan diseragamkan di seluruh dunia
- mengenakan hukuman yang berat seperti hukuman penjara
- menjadi pengajaran kepada masyarakat yang lain
Negara-negara dunia mestilah memiliki pakar teknologi maklumat.
- mampu mengesan sebarang unsur yang berkaitan siber dengan cepat.
- akan menghalang segala bentuk penyelewengan yang berlaku
- mampu mengesan dan menangkap golongan yang suka menggodam
Peranan ibu bapa juga turut ditagih dalam menangani masalah ini.
- pemantauan terhadap anak-anak mereka sewaktu melayari internet
- memberikan nasihat dan bimbingan tentang kecanggihan alam siber
- tidak menyalahgunakan kemahiran yang dimiliki oleh mereka
Penutup
Jenayah siber adalah masalah kita bersama.
- negara-negara serantau harus duduk bersama dalam mengatasi masalah ini.
- menjadi semakin serius jika dibiarkan berlarutan
- suasana di sesebuah negara akan terancam akibat daripada jenayah siber ini.
………………………………………………………….
Karangan 12
SOALAN : Gagasan ‘Satu Malaysia ‘kini hangat diperkatakan oleh masyarakat dan kerajan pula berusaha sedaya upaya untuk merealisasikannya. Bincangkan tajuk ini.
Gagasan Satu Malaysia
Pengenalan
Gagasan ‘Satu Malaysia ‘ merupakan impian kerajaan untuk menyamaratakan rakyatnya tanpa ada perasaan berbelah bahagi mahupun berat sebelah.
- didiami oleh pelbagai bangsa dan agama
- memaparkan budaya hidup yang tidak sama
- namun begitu mampu hidup dalam suasana yang harmoni
Idea-idea Utama
Antara misi dalam merealisasikan gagasan ini adalah untuk meningkatkan perpaduan antara kaum.
- tidak mudah berpecah belah walaupun dihasut oleh pihak ketiga
- suasana aman dan harmoni yang dikecapi turut berkekalan
- negara tidak kucar-kacir dan rakyat bebas melakukan aktiviti harian mereka
Kemajuan yang dirancang dapat dijalankan dengan pesat dan berjalan lancar.
- setiap kaum berusaha untuk membangunkan negara
- menggunakan kemahiran yang dimiliki untuk meningkatkan imej negara
- dapat bertukar-tukar idea tanpa mengira bangsa dan agama
Semangat sayang akan negara mekar mengharum di sanubari rakyat.
- sanggup berjuang menentang segala bentuk unsur yang mampu mengancam negara
- sentiasa memberikan yang terbaik kepada Malaysia dalam apa juga bidang yang diceburi
- nama negara akan dikenali seperti dalam bidang ekonomi,sukan,permotoran dan pelbagai lagi
Pelbagai langkah dapat dilakukan dalam memenuhi misi negara ini.
- slogan ‘ 1 Malaysia’ dapat meniup semangat yang kuat kepada rakyat
- penubuhan kedai 1Malaysia , Klinik 1 Malaysia dan Restoran 1 Malaysia adalah langkah yang tepat
- Semua rakyat akan menghargainya dan senario ini adalah amat murni
Pelbagai program yang sedia ada hendaklah dibuat penambahbaikan.
- antaranya Program Latihan Khidmat Negara,Rumah Terbuka Malaysia dan pelbagai lagi mestilah diteruskan sampai bila-bila.
- menjadi batu landasan dalam usaha membina Gagasan Satu Malaysia
- gagasan ini akan menjadi realiti dalam jangka masa yang tidak lama
Penutup
Perpaduan adalah tiang kekuatan sesebuah negara.
- tanpa perpaduan negara pasti akan hancur seperti yang telah terbukti pada hari ini
- gagasan ini mampu mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan negara
rakyat mampu berganding bahu dan pastinya membina kehidupan yang bahagia sampai bila-bila
…………………………………………………………………..